ahlan wasahlan

Sunday, 3 July 2011

Bersangka baik..^,^

-SEGALA PUJI BAGI ALLAH-




Jika engkau bertemu dengan seseorang,maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu. Ucapkan dalam hatimu,”Mungkin kedudukannya di sisi Allah  jauh lebih baik dan mulia.”

Jika  bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) “Anak ini belum bermaksiat kepada  Allah,sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku.”

Jika   bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) “Dia telah beribadah   kepada Allah jauh lebih lama daripadaku, tentu dia lebih baik   daripadaku.”

Jika  bertemu dengan orang yang berilmu, maka  ucapkanlah (dalam hatimu)  “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan  kuperoleh, mencapai  kedudukan yang tidak akan kucapai, mengetahui apa  yang tidak kuketahui  dan dia mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik  daripadaku.”

Jika  bertemu dengan seorang yang jahil, maka  katakanlah (dalam hatimu)  “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia  jahil (tidak tahu)  sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku  mengetahui akibatnya.  Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya  kelak. Dia tentu lebih baik daripadaku.”

Jika  bertemu dengan  orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) “Aku tidak  tahu bagaimana  keadaannya kelak, mungkin pada akhir usia dia, memeluk  Islam dan beramal  soleh, dan mungkin boleh jadi pada akhir usiaku kufur  dan berbuat  buruk.

[Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani ]

No comments:

Post a Comment