-SEGALA PUJI BAGI ALLAH-
tabahlah wahai teman...mudah-mudahan kasih Allah sentiasa redup memayungi tiap langkahmu...amiin...
kala ini, mira tersentuh mendengar bait kata dalam lagu dendangan mestica-rahmat ujian..
siapa pun kita, di mana pun kita berada.. ujian itu pasti datang..
"Dan Kami PASTI akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" (2:155).. maka, kata-kata siapakah yang lebih benar?? ketahuilah wahai insan..bukan dikau sahaja yang diuji.. malah segenap makhluk di langit dan di bumi,..malah di antara keduanya..
siapalah kita untuk mengeluh atas tiap titipan dugaan yang Allah tetapkan untuk kita.. renungkanlah kembali, ujian itu hanya sedikit berbanding segala nikmat kurniaan-Nya pada kita..
tatapi wajahmu dalam.. duhai teman, Allah menganugerahkn kesempurnaan malah kecantikan pada paras rupamu.. tiap jari jemarimu terbentuk sempurna.. malah sejak diciptakan seblum ditiupkan ruhmu ke dalam rahim ibu..hingga saat ini.. Allah tidak pernah lupa melimpahkan nikmat dan kurniaan-Nya..
sungguh hebat cinta Allah.. betapa Dia merindui makhluk yang diciptakan-Nya ini.. yang kian jauh dari-Nya.. betapa Dia teringin untuk melipatgandakn anugerah-Nya.. tapi, kita terus membisu.. membisu dari meluahkn kehibaan pd-Nya.. merintih memohon ditabahkan hati.. dikurniakan hikmah yang begitu bernilai di sebalik ujian ini.. malah,.. kita tak putus-putus mencemuh dan mengeluh...
mengapa wahai insan..? dikau begitu lupa.. lupa pada yang menciptakan-Mu.. yang menghadiahkan dikau kasih sayang yang tak pernah kunjung malap sejak sebelum dikau dilahirkan.. bukankah kasih, rindu dan cinta itu pemberian Allah?? mampukah kau menghitung jumlah kasih sayang yang dikau telah perolehi selama hayatmu?? justeru, mengapa dengan ujian yang dapat dihitung mudah ini dikau terus melatah??
"Allah rindu mendengarkan rintihanmu b'panjangan... bersyukurlah dan tabahlah menghadapi..." Allah sayangkn kita, sebab itu lah Allah uji kita.. sebab bila kita sabar, Allah nak beri pahala.. malah Allah kurniakan hikmat yang tidak mungkin pernah kita fikirkan.. bersyukurlah.. kerana Allah memilihmu untuk diuji..
usahlah dikau menjauhi dari Allah yang sentiasa mencintaimu..biarpun dikau terus-terusan melakukan perkara yang Dia murkai.. tautkanlah rindumu pd-Nya.. titis air mata itu.. biarlah hanya utk-Nya.. terimalah takdir ini dengan redha..
"Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebajikan, dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cubaan, dia berbalik ke belakang. Dia rugi di dunia dan di akhirat. itulah kerugian yang nyata." (22:11)
Na'udzubillah...
Mira kena ingat ape yg mira lalui sekarang ada hikmah. Memang perit untuk terima semua ini tp mira kena kuat. Ble lemah kembalilah pada Allah. DIALAH yang mengetahui ape yg terbaik untuk dirimu wahai Nur Amira Binti Sabri.....
No comments:
Post a Comment